Tuesday, September 23, 2014

resepi satay ayam popular

Resepi Satay Ayam Popular

Bahan

1.5 kg- 1.6kg Daging Ayam beserta kulit ( dipotong dadu )
1 ½ suudu besar Biji Ketumbar ( disangai dan dikisar )
1 ½ sudu besar Jintan Manis ( disangai dan dikisar )
Segenggam Serai ( dipotong halus dan dikisar )
1 sudu besar Serbuk Kunyit
10 biji Bawang Merah ( dikisar )
500gm Gula
½ cawan Minyak Masak
Lidi Satay secukupnya ( perlu direndam dalam air sebelum dicucuk pada daging ayam )

p/s- Resepi diatas boleh digandakan sekiranya ingin membuat dalam kuantiti yang banyak

Cara Membuat :

1.Daging ayam beserta kulit ayam yang telah dipotong dadu diletak dalam penapis biar seketika.

2.Kisar sekali bahan seperti biji ketumbar , jintan manis , serai dan bawang merah sehingga halus.

3.Marinate ayam yang telah dipotong dadu dengan bahan yang telah dikisar, masukkan gula , serbuk kunyit dan akhir sekali minyak masak, pastikkan daging ayam dimarinate sekata.Biar 30 minit dalam peti sejuk.

4.Cucuk daging ayam yang telah dimarinate ke lidi satay, anggaran 4-5 potongan dadu ayam bercampur kulit ayam dalam sebatang lidi satay.Cucuk sehingga selesai.Siap untuk dibakar…sebaiknya dengan kayu arang@charcoal..terbaik.

5.Sediakan minyak dan serai untuk disapu ke atas satay apabila dibakar, supaya aroma satay akan lebih wangi dan menyelerakan.

6.Jika korang nak bakar satay lambat lagi, boleh lah korang packingkan satay dalam plastic 10 batang 1 plastik.dan simpan dalam freezer, bila hendakgunakan baru lah defrost.Selamat Mencuba!
Satay ayam sedap dimakan dengan kuah kacang marbeles dan sambal garing, beserta potongan bawang merah , timun dan nasi impit.
RESEPI GORENG PISANG RANGUP


Bahan-bahan

4 cawan Tepung Beras
1 cawan Tepung gandum
1/2 kotak kecil Santan ( tidak kisah brand apa pun- kara, ayam brand, harmuni )
1 sudu Serbuk Penaik
1/2 sudu Kapur (optional)
1 sudu Serbuk Kunyit (optional)
1 biji telur
4 sudu besar Mentega / Marjerin ( dicairkan )
Garam secukup rasa
Air secukupnya
500ml Minyak Masak
1 cawan Shortening

Pisang

Cara Membuat

1.Anda perlu cairkan dahulu mentega / marjerin-apabila telah cair biarkan ia sejuk
( pastikan jangan sampai hangit)

2.Masukkan kesemua bahan-bahan termasuk telur dan air,pastikan kacau hingga sebati dan air gunakanlah secukupnya .
( Jika batter agak cair- masukkan sedikit lagi tepung beras, kita inginkan batter yang pekat-pastikan pekat tau macam..
mmm macam...santan dalam kotak tu )

3.Masa ni lah anda perlu memasukkan mentega/ marjerin yang telah cair itu ke dalam batter .kacau sebati..dan siap untuk digunakan.
(anda boleh menggunakan resepi ini untuk menggoreng pisang atau menggoreng roti sardine... selamat mencuba yea... peace)

4.pastikan minyak goreng dipanaskan terlebih dahulu, dan campurkan lelmak sayuran (shortening) tujuan penggunaannya adalah untuk mengcrispykan lagi pisang goreng kita ni..
Chef ni orang johor..jadi mesti nak sambal kicap...heee, pisang goreng cicah dengan sambal kicap.. perrrggg... petang-petang memang syok layan ni 
Resepi Keropok Lekor Terengganu

Bahan-bahan ( - )

2kg ikan selayang/ kembung
10-15 ulas bawang putih
2kg tepung ubi/kanji
4 cawan tepung gandum
2 sudu kecil baking powder
Garam secukup rasa
Perasa
Air 


Cara Membuat

1) Asingkan isi ikan dari tulang.

2) Kemudian blender isi ikan bersama bawang putih dan sedikit air. Terpulang samada nak blender kasar atau halus kemudian tuang kedalam bekas.

3) Masukkan sedikit garam, perasa, serbuk penaik dan tepung. Gaul sehingga tidak lekat pada tangan. Kalo lekat, tambah tepung kanji lagi. Adunan jangan terlalu keras dan jangan terlalu lembik. Sedang² ler asal

4)Sapukan tangan dengan sedikit minyak. Ambil sedikit adunan dan hempaskan ke atas meja bersih agar adunan mampat dan lembut (kalo ada yang nak release tension bleh la sambil²... Hehehehe). Barulah uli bentuk memanjang. Kalo ada mesin adunan yang sesuai tak perlu la hempas yer...


5)Dalam periuk, didihkan air bersama sedikit minyak agar keropok lekor tidak lekat antara satu sama lain. Kemudian masukkan keropok lekor tadi. Keropok lekor akan terapung di permukaan air apabila dah masak.


Bila dah timbul angkat dan tos. Sejukkan dan potong ikut citarasa memasing. Goreng dan siap untuk dihidangkan. Senangkan...huuuuu 

Selamat Mencuba yea...
Resepi Ayam Goreng Kentucky ala chef obie


Bahan-bahannya:

4 Sudu Besar Nestum//
2 Sudu Besar Oat//
200 gm Tepung High Protein//
1 Sudu kecil Lada Hitam ( blender halus )//
1/2 Sudu kecil Lada Sulah ( blender halus )//
1/2 Sudu Jintan Manis ( blender halus )//
1/2 sudu kecil Ketumbar ( blender Halus )//
1 sudu besar Tepung Jagung//
1 Sudu besar Stok Ayam//
Garam Vakum secukup rasa//
2 biji Telur//
Ais Batu//
Sos Tiram//
1/2 Ekor Ayam Daging
// Minyak Masak//
Shortening// 



Cara Membuat : 


1. Bersihkan ayam terlebih dahulu mandikan ia...heee maksud Bie bersihkan ayam tu betul-betul, kemudian..marinate ayam dengan sos tiram, pastikan jangan terlalu banyak digunakan, 2 sudu besar sahaja cukup dan satu sudu kecil rata garam vakum, gaul hingga sebati.kemudian biarkan seketika ( 5 minit aje cukup ).

2.Sediakan untuk bahan kering- satukan ke semua bahan kering seperti tepung high protein, tepung jagung, lada hitam,lada sulah,jintan manis, ketumbar, stok ayam ,garam secukup rasa,nestum dan oat, gaulkan mesra ok... senang aje.. kalau anda suka masin lebih sikit, bolehlah ditambah garam vakumnya mengikut citarasa anda... ( ketepikan bahan-bahan ini apabila telah siap mesra )

3. Sediakan pula bahan untuk merendam ayam sampai lemas heeeee.... tak r... sediakan bahan yang penting sekali..ok la ini rahsia yang dah tidak rahsia lagi bila Bie dah berkongsi dengan anda..., telur dipecahkan dan di campur pula dengan ais sejuk atau air batu,pastikan telur benar-benar sejuk.. ( tujuannya ialah untuk ,memastikan kerapuhan kerangupan ayam goreng kita ini boleh bertahan selama 30 minit selepas digoreng... walau ayam goreng tu kita letak atas meja makan aje...dengan keadaan terdedah gitu...Choi.. jangan la terdedah..gunakan tudung saji ok tutup makanan kita supaya tidak dihinggapi makhluk yang tidak diingini iaitu lalat soprano! )

4.Masa yang ditunggu-tunggu.. iaitu panaskan minyak terlebih dahulu di atas kuali...

5.Setelah bahan-bahan diatas telah disediakan ,anda perlu pastikan ayam marinate dihadapan anda, disebelahnya pula telur dan air batu, sebelahya lagi adalah bahan kering . Ini adalah untuk memudahkan anda untuk menggoreng ayam kentaki ini dengan betul dan bersistem.

6.Ambil ayam seketul dahulu yang telah di marinate, dengan menggunakan kedua belah tangan anda macam angkat kain jemuran heee...ayam direndam sekali sahaja ke dalam telur berais, kemudian angkat toskan..., kemudian bawa ayam ke dalam bahan kering anda terbalik balikkan ayam itu dalam bahan kering kemudian angkat dan toskan lagi, kemudian gaulkan lagi dengan bahan kering dan toskan ia lagi..penat? tak mungkin penat tangan anda itu... ok sekarang masukkan ayam yang telah disalut itu kedalam minyak yang tersedia untuk digoreng...

7.haaa.... anda jangan lupa masukkan 4 sudu besar shortening ke dalam miyak masak yang sedang panas ..., proses ini membantu merangupkan juga ayam yang akan kita goreng itu. Ok senangkan..anda lakukan lah sehingga selesai ayam-ayam itu digoreng.Selamat menjamu ayam goreng kentaki kfc ala chef obie cuba baru tau..r...
Resepi Ayam Percik ( Bazaar Ramadhan )


Bahan-bahan ( Anggaran 4 ekor ayam )

1 kg bawang besar
2 inci halia ( diblender )
100 gm lengkuas ( diblender )
80gm bawang putih ( diblender )
8 batang serai ( diblender )
3 1/2 cawan gula
1/2 cawan gula merah atau gula melaka
5 sudu besar stok ayam serbuk
4 cawan cili giling ( atau blender )
4 cawan cili sos
1 kg santan 



Cara Membuat


1.Satukan kesemua bahan -bahan diatas dalam satu stok pot yang besar, gunakan api sederhana untuk memasak bahan-bahan ini sehingga mendidih.

2. Setelah mendidih, masukkan ayam , ( pastikan korang dah potong ayam ni mengikut kesukaan )apa yang perlu korang take noted, jangan sampai masak ayam tu, kite hanya perlukan separuh masak sahaja untuk ayam percik ni.

3.Apabila ayam telah separuh masak, asingkanlah ayam untuk dibakar,

4.Gunakan penyepit buluh, untuk menyepit ayam setengah masak ni...sebelum dibakar.
Manakala, kuah yang lebih disimpan untuk dicurahkan ke atas ayam nanti

5.Setelah selesai bakar ayam perciknye..tibalah mase untuk menjamu selera..
yea..yea kite buke dengan ayam percik....
sedap....korang selamat mencuba
Resepi Kuah Kacang Sate 




Bahan -

1kg kacang tanah
1 batang serai
1 inci halia
1 inci lengkuas ( ketuk )
3 senduk gula pasir 
1 senduk Gula merah atau gula melaka
1 cawan air asam jawa
1 cawan cili kering atau giling ( blender )
10 ulas bawang kecil ( shallot- blender )
1 inci belacan
100 gm Udang Kering
5 biji bawang merah ( blender )
1 inci Kunyit Hidup ( bleender )atau 1 sudu besar serbuk Kunyit
1 1/2 liter Air Rebusan Ayam atau air kosong
2 sudu besar Kicap pekat Manis
3 senduk minyak masak
garam secukup rasa.


Cara-caranya


1.Goreng kacang dengan sedikit minyak hingga kuning angkat toskan juga boleh gunakan cara sangai (goreng tanpa minyak).


2.Tumis cili giling, baw.merah ,shallot dan belacan hingga naik bau,kemudian masukkan
Serai, lengkuas juga halia .lebih kurang 2 minit menumis matikan api.

3.Panaskan air rebusan ayam1 1/2 liter, kemudian masukkan kacang tanah yang telah ditumbuk atau diblender . Apabila mendidih masukkan Air asam jawa, pastikan sederhana kecil, masak secara tradisional akan lebih sedap bila menggunakan api sederhana kecil dan masa yang agak lame juge...heeee

4.Masukkan Bahan yang ditumis tadi, kemudian masukkan udang kering, gula merah ,kicap pekat manis dan garam, kacau perlahan hingga pecah minyak. Siap.. anda boleh tambah sedikit air jika tidak berapa suke kuah kacang yang agak pekat... obie suke kuah kacang yang pekat marvellous tau!!

resepi kuih bahulu

Resepi Kuih Bahulu 
Bahan-bahan:

2 mangkuk Telur 
2 mangkuk Gula pasir
1 kg Tepung Gandum 

1 sudu besar Baking Powder
1/2 cawan Minyak Masak .



Cara Membuat :




 Pukul telur dan gula sehingga kembang ( gunakan whisk- )




Ayak tepung bersama baking powder kedalam adunan bahulu yang telah kembang .Kemudian kacau adunan sehingga sebati.




 Sebelum bakar bahulu, isikan acuan dengan minyak dan bakar dalam oven selama 10 minit - 15 minit untuk memanaskan acuan dan supaya adunan tidak melekat. Keluarkan acuan yang telah panas dari oven dan buangkan minyak yang telah dipanaskan.




Sediakan kain atau tisu dapur  untuk sapukan minyak ke acuan setiap kali sebelum masukkan adunan ke acuan.
Tips - Untuk mendapatkan kuih bahulu yang ringan anda boleh panaskan tepung dalam oven terlebih dahulu selama 5 minit sebelum digunakan.